Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

INilah Bahaya Bermain Pokemon Go!!

[​IMG]


[​IMG]



BEBERAPA anggota polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berada di sekitar jeti Woodlands Waterfront selepas menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang wanita yang terapung di atas air.-AZMI SUAREZ/FACEBOOK

SINGAPURA 7 Ogos - Seorang pentadbir laman web di Singapura terkejut apabila menjumpai mayat seorang wanita ketika sedang bermain Pokemon Go di jeti Woodlands Waterfront Park awal pagi hari ini.

The Strait Times melaporkan, Noor Azmi, 29, kemudian memuat naik beberapa keping gambar mengenai penemuan itu ke dalam akaun Facebook miliknya yang bernama Azmi Suarez.

Dalam gambar tersebut jelas kelihatan objek seperti mayat terapung-apung dalam keadaan tertiarap serta kelibat orang ramai yang mengerumuni kawasan jeti itu untuk melihat lebih dekat penemuan berkenaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dimaklumkan mengenai perkara itu tiba kira-kira pukul 9.45 pagi sebelum berjaya membawa naik mayat tersebut ke jeti tidak lama kemudian.

“Awal pagi ini memburu Pokemon. Tiba-tiba menjumpai mayat. Bersemadilah dengan tenang walau siapa pun anda. Nampak seperti seorang wanita tua. Tidak jangka itu (penemuan) berpunca daripada Pokemon Go,” tulis Noor Azmi dalam status Facebook miliknya yang kemudian dikongsi hampir 7,000 kali.

Jelas Noor Azmi kepada The Strait Times, dia telah bermain permainan itu di kawasan tersebut hampir setengah jam sebelum menjumpai mayat berkenaan.

“Penemuan itu sangat-sangat di luar jangkaan. Saya telah membaca beberapa laporan sebelum ini mengenai penemuan mayat ketika bermain Pokemon di beberapa negara lain. Tidak sangka perkara ini berlaku kepada saya dan di Singapura ini,” tambah Noor Azmi.

Dalam pada itu, polis memberitahu, mereka masih menyiasat kes kematian yang disifatkan luar biasa itu.

Permainan Pokemon Go dilancarkan di Singapura semalam. - BERNAMA



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "INilah Bahaya Bermain Pokemon Go!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info