London: Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri.
Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan.
Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing.
Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK.
Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau.
Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian.
Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun.
Menurut akhbar Mirror pula, dalam kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German Shepherd ketika berusia 12 tahun.
Walaupun video menunjukkan dia melakukan seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas.
Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan.
Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara enam minggu. – Agensi
Read more: http://berita-harian.net/berita/seks-dengan-kuda-anjing/#ixzz2ibSlH9To
0 Komentar untuk "Seks dengan kuda, anjing"