Toilet Paper Dah Habis Da!!!!!
Panggil Polis Sebab Tisu Tandas Habis
You all percaya tak, tugas polis sekarang ni dah makin mencabar tau. Bukan setakat menangani jenayah tapi macam-macam hal dia orang kena handle tau. Lagi-lagi polis kat China coz benda-benda pelik kan banyak berlaku kat sana.
Kes pelik tapi benar terbaru melibatkan laporan kehabisan tisu di sebuah tandas lelaki di Buzheng, China. Pada hari kejadian, pihak polis telah menerima sebuah panggilan dari seorang lelaki yang berada di dalam sebuah tandas awam, yang meminta pihak polis menghantar tisu ke tandas tersebut kerana bekalan tisu telah kehabisan.
Tugas Polis Semakin Mencabar?
Hampir Tertidur Sementara Menunggu Tisu
Setelah menerima laporan pihak polis telah menghantar beberapa kotak tisu tandas ke alamat yang diberi. Malangnya selepas 20 minit berlalu mereka masih gagal mengesan dimana kedudukan sebenar tandas tersebut dan pulang semula ke balai polis. Setengah jam kemudian mereka mandapat panggilan yang sama dari lelaki berkenaan yang bertanyakan kenapa tiada bantuan di hantar ke tandas tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa beliau hampir tertidur di dalam tandas tersebut sementara menunggu tisu yang diminta. Aduh..kesian!!!
Akur dengan kehendak lelaki tersebut, sebuah pasukan polis dihantar untuk mengesan kedudukan tandas tersebut. Mereka akhirnya berjaya menemui tandas tersebut selepas hampir satu jam. Malangnya lelaki tersebut sudah tiada..he..he
Read more: http://berita-harian.net/pelik-2/benda-tergempar-di-negara-malaysia-hari-ini/#ixzz2jZL0bFFH
0 Komentar untuk "Benda Tergempar di Negara Malaysia Hari Ini!"