Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

wajah suami isteri yang mengurung Siti Aishah sebagai hamba di London

siti-aishah-pulang-malaysiaChanda digambarkan di kerusi roda dengan suaminya Aravindan Balakrishnan berdiri di sebelah beliau. Kredit gambar BBC News klik sini lihat video mereka.
Balakirshnan – yang memanggil dirinya Komrad Bala – telah ditangkap minggu lalu bersama-sama dengan isterinya kerana disyaki terlibat dalam kesalahan perhambaan psikologi lebih dari 30 tahun dan imigresen.
Polis berkata, mereka berjaya membebaskan tiga wanita .. seorang darinya ialah warga Malaysia berumur 67 tahun dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab.
Aishah belajar di sebuah sekolah antara yang paling elit di Malaysia, Kolej Tunku Kurshiah
Aravindan-Balakrishnan-300x199
Seremban dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.
Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.
Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.


Read more: http://berita-harian.net/berita/wajah-suami-isteri-yang-mengurung-siti-aishah-sebagai-hamba-di-london/#ixzz2ltNtW5pz
0 Komentar untuk "wajah suami isteri yang mengurung Siti Aishah sebagai hamba di London "
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info