Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

PANAS!!!… Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh?

Sharifah Sakinah

Beberapa blog dan laman sosial hari ini melaporkan bahawa artis yang selalu berkelakuan pelik, Sharifah Sakinah telah dihantar ke Pusat Rawatan Mental SungaiBuloh.
Menurut blog berkenaan, ia bagi membolehkan Sharifah diberikan rawatan atas permasalahan jiwa dan perangai gilanya.
Tidak diketahui bila dia dihantar dan sampai bila dia akan ditahan di sana.

Semua itu dibuat berdasarkan sekeping gambar seorang wanita yang menyerupai Sharifah Sakinah dalam sebuah van yang tertulis perkataan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh yang tersebar di Facebook sejak semalam.
Sharifah Sakinah dihantar ke pusat rawatan mental Sg Buloh
Oklah… penulis sebenarnya menahan ketawa seorang diri ketika menulis entri ini.
Bukan apa… penulis agak yakin laporan blog-blog berkenaan tidak tepat dan gambar itu pun terutama bahagian tulisan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh mungkin direka.
Penulis Google nama Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh … tak jumpa pun.
Tanya beberapa rakan pun tak pernah dengar.
Paling hampir penulis jumpa selain Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ialah Unit Psikologi Kaunseling di Hospital Sungai Buloh.
Lagipun, rawatan kerajaan untuk bidang itu akan menggunakan istilah psikologi atau psikiatrist dan bukannya mental.
Jadi… melainkan penulis benar-benar tersilap… rasanya Sharifah Sakinah belum lagi diheret ke mana-mana pusat rawatan jiwa di negara ini.
Namun, apa yang menarik hati di sini ialah… sebenarnya seolah-olah ada sebahagian anggota masyrakat mempercayai entri blog-blog berkenaan tanpa mempersoalkan langsung kebenarannya.
Hakikat, itu bukan salah pembaca atau masyarakat…. tetapi salah Sharifah Sakinah yang sering membawa imej yang pelik-pelik melalui video klip yang dihasilkan dengan kawan-kawannya, menyebabkan ramai yang menerima berita dia dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh tanpa banyak soal.
Membaca sesetengah komen, bukan sekadar ramai yang tidak terperanjat, malah semacam gembira kerana artis itu akhirnya dihantar untuk menerima rawatan.
Kalau tiba-tiba muncul cerita Siti Nurhaliza atau Yuna dihantar ke tempat itu… penulis yakin ramai sekali yang akan mempersoalkan kesahihan dan pastinya marah dengan pihak yang menyebarkan berita seperti itu.
Namun tidak pula bila ia melibatkan Sharifah Sakinah.
Jadi… dalam hal ini, Sharifah Sakinah adalah pihak yang harus melihat kepada reaksi masyarakat bila berita seumpama itu tersebar dan kemudian berfikir…“Apakah aku nak kena buat parodi baru untuk kutuk orang yang kata aku kena dapatkan rawatan mental…atau aku perlu berubah?,”.
0 Komentar untuk "PANAS!!!… Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh?"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info