Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Selagi belum ajal

tikamMANGSA dibantu orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital. Gambar kecil, pisau yang ditemui di tempat kejadian.
Baru 2 hari daftar dah DAPAT RM446!! Daftar PERCUMA Disini!
Georgetown: Seorang lelaki bukan saja ditikam hingga ususnya terkeluar, malah dia turut dicampak ke laut oleh dua lelaki selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berhampiran tokong Cina di Jeti Pengkalan Weld, Lebuh Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa warga Myanmar berusia 20-an, bagaimanapun bernasib baik apabila berjaya berenang dan naik ke jeti sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurut sumber, sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan dua lelaki di kawasan jeti berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.
“Dalam pergelutan itu, mangsa ditikam beberapa kali di perut dengan pisau hingga dia tidak bermaya dan melihatkan keadaannya dua suspek terbabit mencampakkan mangsa ke laut.
“Mereka menyangka mangsa sudah mati, namun lelaki berkenaan yang dalam keadaan lemah berenang naik ke pelantar jeti sebelum orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi ambulans,” katanya-berita harian net
0 Komentar untuk "Selagi belum ajal"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info