Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

SASHA TERIMA KRITIKAN PEMINAT


Sebelum ini, Zain Saidin pernah dikecam ekoran penampilannya yan berambut perang. Malah disebabkan kecaman itu, isterinya, pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta pernah mengamuk di laman sosial Instagram.

Nasib yang sama menimpa kakak Zain, iaitu Sasha Saidin apabila baru-baru ini dikritik gara-gara berambut perang.

Bercakap kepada Harian Metro, pemilik nama sebenar, Sasha Mohd Saidin mengakui dia ada alasan tersendiri untuk mewarnakan rambutnya kepada warna perang itu.

“Sebenarnya, saya memutuskan untuk mewarnakan rambut kepada perang kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam drama sebelum ini. Saya ditawarkan watak wanita ‘matsalleh’ dan watak itu memerlukan saya berambut perang.

“Namun selepas mewarnakan rambut kepada perang, saya tidak jadi berlakon dalam drama itu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap penampilan rambut barunya itu pelik, Sasha berkata, dia bersedia menerima apa saja kritikan.

“Saya sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang seni dan sudah melalui pelbagai ujian sebagai anak seni sebelum ini. Setiap individu ada pandangan mereka sendiri dan saya tidak boleh menghalang cakap orang kerana itu hak masing-masing.

“Apa yang penting, saya selesa dengan penampilan rambut perang ini. Saya juga mewarnakan rambut kepada warna perang di salun Ridzo Okumura milik seorang rakan diSubang, baru-baru ini.

“Bukan saja mewarnakan, saya juga membuat rawatan rambut di situ, sekali gus pelanggan tetap salun berkenaan. Saya juga puas hati dengan perkhidmatan disediakan dan harga dikenakan juga berpatutan,” katanya.

0 Komentar untuk "SASHA TERIMA KRITIKAN PEMINAT"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info