Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

TERBONGKAR!! 4 BUKTI GAMBAR: Zaquan Adha Curangi Ayu Raudhah


Alamak terkejut dengan berita yang dipaparkan media sosial.

Suami kepada Ayu Raudhah ini dikatakan bermain ayat mesra dan nakal dengan seorang gadis yang juga penyokong pasukan bola JDT.

Perkara ini dilakukan melalui aplikasi WeChat yang telah disebarkan oleh portal Rotikaya.

Jom baca laporan Rotikaya:

Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!

Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.

Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. (rtky/m)

Kita tunggu kenyataan dari Zaquan Adha dan Ayu Raudhah. 







Menurut Ayu, hubungannya bersama suami masih utuh dan bahagia.
"Kami masih baik bersama. Tiada apa yang berlaku. Saya masih lagi berada dalam pantang. Lagi 14 hari habislah.
"Berkenaan dakwaan bahawa suami saya curang dengan perempuan lain menerusi aplikasi WeChat, itu tidak benar. Saya sudah tahu sejak semalam lagi. Suami sudah maklumkan perkara itu kepada saya dan kami sudah pun berbincang mengenainya.
"Pengenalan diri yang digunakan dalam aplikasi WeChat bukanlah milik Zaquan. Saya tahu akaun WeChat Zaquan dan gambar yang digunakan dalam aplikasi tersebut juga berbeza," katanya kepada Utusan Online.
Sebuah portal hiburan hari ini menyiarkan laporan bahawa Zaquan telah berlaku curang kepada Ayu dan sering berbalas mesej dalam aplikasi WeChat dengan seorang wanita.
Tambah Ayu, dia juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba memusnahkan rumah tangga mereka.
Ayu Raudah yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Aisy Qaiser, 1, dan Muhammad Aisy Aryann yang berusia sebulan.



0 Komentar untuk "TERBONGKAR!! 4 BUKTI GAMBAR: Zaquan Adha Curangi Ayu Raudhah"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info