Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

2 Gambar: Lagi Screenshoot Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar!

2 Gambar: Lagi Screenshoot Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar! - Kecanggihan teknologi zaman sekarang macam-macam boleh terjadi. Pasalartis mengambil pendekatan tidak mahu mempercayai satu lagi mesej antara Zaquan Adha dan seorang gadis yang sedang tersebar ini. Bukan apa, benda-benda macam ini boleh diubahsuai dengan kecanggihan teknologi. Benda tak ada boleh dibuat, benda yang ada boleh dihilangkan dengan sekelip mata sahaja.

Daripada sumber yang pasalartis baca dari blog beautifulnara, mesej-mesej di atas di hantar menerusi akaun sosial Instagram. Sememangnya ID Zaquan Adha di Instagram ialah zaqone_08. Mesej ini khabarnya disebarkan oleh si gadis sebagai bukti kononnya Zaquan adalah seorang suami yang bermain kayu tiga. Hmmmmm. Agak pelik tiba-tiba kesemua bukti nak keluar pada satu masa. Konspirasi bukan?

Diharap Zaquan dan Ayu bersabar dengan ujian ini. Jangan cepat melenting. Apa-apa bincang terlebih dahulu. Mana tahu memang ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga anda dan mahu memusnahkannya. Fikir elok-elok dulu sebelum buat sebarang keputusan. Info asal Forum Cari. - Pasalartis
0 Komentar untuk "2 Gambar: Lagi Screenshoot Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info