Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

AWAS!! Lagi Kejadian Culik Kanak-Kanak Dan Tips Penting Awasi Anak!! SEBARKAN!!

Ini adalah kejadian sebenar yang telah berlaku dan semakin berleluasa. Awasi anak anda sewaktu berada diluar. Penculik semakin berani untuk melakukan jenayah. Ditambah lagi pada masa ini ada kes berlaku penculikaan kanak-kanak dan sindiket menjual organ manusia.
Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.

Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.

LAKONAN semula bagaimana mangsa cuba diculik di hadapan rumah jiran.

“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van.
Dinasihatkan agar semua ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka sewaktu berada diluar rumah walaupun berhampiran dengan halaman rumah anda.
Tips menjaga anak anda ketika berada ditempat awam:

SEBARKAN!! Demi kebaikan bersama!!

0 Komentar untuk "AWAS!! Lagi Kejadian Culik Kanak-Kanak Dan Tips Penting Awasi Anak!! SEBARKAN!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info