Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gempar!! Lelaki Miliki 39 isteri, 94 anak, 33 cucu tinggal di dalam sebuah rumah 100 bilik

zc
BAKTAWNG, INDIA: Ziona Chana sudah mempunyai 39 orang isteri, tetapi lelaki berusia lewat 60-an itu mahu menambah lagi isterinya.
Lelaki ini bangga dan puas dengan pencapaiannya itu.
Beliau mengahwini isteri pertamanya ketika berusia 17 tahun, dan selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang.
Pernah pada suatu tahun dia mengahwini 10 wanita – mungkin satu rekod dunia.
Menariknya, semua isteri dan anaknya tinggal di bawah satu bumbung.
Keluarga besar, dengan jumlah 167 orang itu hidup harmoni dan bahagia di sebuah bangunan empat tingkat, yang memiliki 100 buah bilik.
India merupakan negara kedua paling banyak penduduk di dunia selepas China.  
Penganalisis meramalkan India akan dapat memintas China menjadi nombor satu dengan jumlah penduduk 1.53 bilion pada 2030.
Ziona Chana mempunyai cita-cita besar.
Beliau mahu membawa keluarga besarnya itu tinggal di sebuah perkampungan bergunung-ganang di Mizoram, terletak di sempadan di antara Burma dengan Bangladesh.
Keluarga tersebut berkongsi dapur, dengan isterinya bergilir-gilir memasak untuk keluarga.
Keluarga itu memerlukan 200 paun beras dan 130 paun kentang sehari.
Anak-anak perempuannya membantu untuk membersihkan rumah, sementara anak lelaki membersihkan kawasan di luar rumah dan membantu bercucuk tanam dan memelihara haiwan peliharaan. –


Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Gempar!! Lelaki Miliki 39 isteri, 94 anak, 33 cucu tinggal di dalam sebuah rumah 100 bilik"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info