KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan dua wanita dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes seorang duda disimbah asid di Kampung Tendong dekat Pasir Mas, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, berkata kedua-dua wanita itu dipercayai bekas isteri duda terbabit, ditahan di dua tempat berasingan di Tumpat di sini, semalam.
“Kedua-dua wanita itu ditahan reman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut dan percaya dengan penahanan kedua-dua wanita itu, pihak polis dapat menyelesaikan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, DSP Mit A/L Emong yang memangku jawatan ketua jabatan itu menyerahkan tugas tersebut kepada Superitendan Amran Ramli, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Risikan Narkotik IPK Terengganu.
Lai berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa Wan Hussin Wan Yusoff, 52, cedera parah di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid dan kini dirawat di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan kritikal, tetapi stabil.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
Sementara itu, Amran berkata, beliau akan meneruskan usaha membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dari kawasan sempadan.
Pada tahun lalu, kes tangkapan membabitkan penyeludupan dadah di Kelantan meningkat 25 peratus iaitu 11,670 kes berbanding 10,152 kes pada 2010.
Manakala kes penyalahgunaan dadah di negeri itu pula meningkat 37 peratus iaitu 11,145 kes berbanding 9,753 kes tahun sebelumnya. – BERNAMA
Berita Paling Hebat !
loading...
Related Post
Artis Sanggup Gadai Maruah Demi Hutang LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk…
ARTIS..!!! Gambar 'Basah' "TAK SEKSI PUN" Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan de…
[VEDIO]: Mesti Baca!! Kisah Presiden Termiskin Di Dunia Jose Mujica keadaan Rumah Jose Mujica Hanya memakai Sandal Kisah benar …
(VIDEO) Wanita Ini Ketagih Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan Anda Perangai pelik seorang wanita yang gemar pula akan pewangi ketiak atau mudah dikenali sebagai DEOD…
[VIDEO]: Luar Biasa!! Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Buaya Ini. Belut bukan sebarang belut. Belut memang boleh dimakan, tapi jangan sesekali kita tersalah memilih belut. Kes ini samal…
ONLINE USER
loading...
Terkini
Popular Posts
KATEGORI!
18++
(169)
18sx
(311)
agama
(4)
artis
(138)
Atlet
(2)
Berita
(565)
bola sepak
(2)
budak Sekolah
(43)
Cadbury
(4)
Cantik
(45)
dunia
(5)
EPL
(1)
FIFA Brazil 2014
(4)
Game
(2)
GEMPA
(2)
gempar
(37)
Gila
(41)
Gosip
(36)
Haiwan
(5)
Hebat
(65)
Hiburan
(24)
info
(225)
Jenayah
(158)
Kantoi
(144)
Kejam
(70)
kesihatan
(20)
kreatif
(14)
Lain Macam
(59)
lawak
(36)
live streaming
(1)
Luar Negara
(243)
luarbiasa
(21)
macam2
(278)
Menarik
(51)
MH17
(11)
MH370
(10)
Model
(6)
Ngeri
(54)
Nilai murni
(3)
Pelik
(84)
politik
(2)
QZ8501
(5)
Rencana
(14)
Sedih
(22)
sejarah
(17)
sekolah
(1)
seksi
(67)
selfie
(8)
Seram
(39)
Sukan
(15)
Tak Patut
(175)
teknik
(5)
teknologi
(36)
teladan
(3)
terkini
(156)
Trending
(7)
video
(100)
Powered by Blogger.
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "2 wanita ditahan bantu siasatan kes simbah asid"