Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Percubaan pertama Lady Gaga

Percubaan pertama Gaga
BERITA baik bagi peminat Lady Gaga kerana pelantun Applause itu bakal muncul sulung sebagai pelakon menerusi filem aksi, Machete Kills.
Penyanyi berusia 26 tahun itu mengesahkan pembabitannya dalam filem tersebut melalui laman sosial Twitter miliknya dan akan membawa watak bernama La Chameleon.
“Ya benar. Saya akan buat kemunculan pertama sebagai pelakon menerusi filem Machete Kills. Saya sangat teruja! berlakon filem adalah perkara yang gila!” katanya pada entri Twitter tersebut.
Malah, baru-baru ini, Gaga turut mengejutkan orang ramai dengan penampilan seksinya pada poster filem itu  dengan mengenakan baju ala-ala Marilyn Monroe sambil memegang pistol berasap.
Filem arahan Robert Rodriguez itu adalah sekuel kepada filem Machete yang ditayangkan tiga tahun lalu dan turut dibarisi pelakon Mel Gibson, Sofia Vergara, Amber Heard, Jessica Alba, Michele Rodriguez dan Vanessa Hudgens.
Bakal ditayangkan pada 17 Oktober ini, Machete Kills mengisahkan seorang ejen Machete yang direkrut oleh Presiden Amerika bagi menjayakan satu misi mustahil – Sinar Harian


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/percubaan-pertama-gaga/#ixzz2hbkVUliF
0 Komentar untuk "Percubaan pertama Lady Gaga"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info