Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Ular sawa 5 meter tersangkut di pukat

ular
Anak Che Sidik, Amirul Amran menunjukkan ular yang tersangkut pada pukat ayahnya.
TUMPAT – Seorang petani menerima kejutan apabila seekor ular sawa sepanjang lima meter tersangkut pada pukat yang ditahan di tali air berdekatan rumahnya, di sini.
Che Sidik Sulong, 60 berkata, dia menyedari ular berkenaan tersangkut pada pukat ketika mahu memungut hasil tangkapan, lewat petang kelmarin.
“Saya sangka pukat ini mengena ikan sungai yang banyak kerana rasa berat ketika mengangkatnya.
“Rupa-rupanya seekor ular sawa seberat tiga kilogram yang tersangkut pada pukat itu,” katanya.
Menurut Che Sidik, ini merupakan kali pertama dialami sungguhpun aktiviti menahan pukat sudah menjadi rutin hariannya sejak sekian lama.
“Saya bawa pulang ular ini ke rumah kerana sukar melepaskannya ketika berada dalam tali air.
“Tetapi apabila sampai di rumah saya dapati ular ini sudah mati,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menahan pukat di tali air tersebut kerana itu adalah asam garam seorang penangkap ikan sungai sepertinya.
Sumber : Sinar Harian
0 Komentar untuk "Ular sawa 5 meter tersangkut di pukat"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info